Cambodia Trip- Day 2 (26.3.2018)

Assalamualaikum and hey everyone! Next, the second day in Cambodia!

Hari kedua, paginya masih tiada elektrik tapi angin sejukkkk. Alhamdulillah pagi tu ada air nak mandi. Katanya subuh tu solat Jemaah and tazkirah subuh tapi sorang pun tak muncul kat surau hahaha. Mungkin malam tu semua orang penat aktiviti tanpa henti. Keluar asrama tolong kemas2, lepas tu haa bau kari dari jauh. Aku nak start badmood sebab aku tak suka kari. Pergi mamak pun order roti cicah susu bukan kari/dal. Pastu ada roti panjang (French bread). Usha usha dulu makanan sambil dalam otak fikir “kalau lapar satgi nak cari makanan kat mana” Tapi tak cakap dengan orang la nanti kena kecam. Tahu apa jadi lepas tu? HAHAHAHA aku makan paling banyak rasanya siap ambil mangkuk kari meja sebelah. Daripada tak suka jadi suka, siap mintak makcik tu masakkan lagi kari esok haihhh. Makan punya banyak sampai kena label ‘Majlis Pembandaran”



Next, kami jalan kaki pergi tadika (tak ingat namanya). Sambil jalan tu tengok2 la rumah orang kampung and heh keadaan? Allah rumah nenek korang yang katanya panas, banyak nyamuk tu lagi lawa tau. Kalau kat sini penuh berdebu and rumah dyeorg aku rasa kalau aku naik runtuh (yela terlebih kilo). Bukan naik atas tu baru runtuh, pijak tanggo yo dah patah. Memang sangat sangat uzur. Ada yang meniaga depan rumah jual abc, gula-gula, mangga, ada lembu depan rumah. Lihat dan dalam hati terdetik rasa bersyukur

Sampai tadika, adik2 tu semua excited apa lagi kami lagi excited macam beruk. Masuk2 ada yang bagi salam ajar bahasa arab la try cakap khmer la banyak kami buat. Kelas depa kecik je, sempit, lantai ada la simen but ada yang rosak. Kerusi meja allah…… ada satu kerusi tu aku nak duduk tapi patah (bukan patah sebab aku duduk. Jangan memandai). Tapi yang bestnya adik2 ni sporting. Yela budak kecik lagi. Kalau bagi salam depa jawab sampai boleh terkeluar anak tekak hahhaha. Battery unlimited tau. 
Penutupnya kami beri sedikit sumbangan yang kami kumpul dana dari sumbangan beberapa pihak. Sumbangan alat tulis, jajan & wang ringgit.



Keadaan dekat tadika tu memang terusik hati. Ada yang bertampal cool fever dekat dahi tapi masih lagi datang sekolah sebab nak belajar tau. Kita? Sakit kepala sikit ponteng kelas. Betapa mereka berusaha nak dapatkan pendidikan nak majukan diri sendiri. Sakit tu bukan satu kesusahan bagi mereka. Pakaian ada yang dah koyak, ada yang kotor. Bayangkan adik korang belajar dalam keadaan macam tu. Baju tadika kemas yang biru tu pun korang kata tak lawa kan.. Ada yang datang belajar bawak beg plastik pasar dalam tu ada sebatang pen, pemadam, pembaris. Dalam beg plastic tau. Kita pencil case koyak sikit dah mintak beli baru. Sedih dan kami hanya dapat membantu apa yang termampu. Mereka mungkin miskin harta dunia, in sha allah kaya dengan harta pabila di syurga nanti. Moga Allah merahmati perjalanan hidup kamu adik-adik, diberi kesenangan dunia dan akhirat, diberi kekuatan untuk terus berjalan di bumi ini. Aminnn till we meet again adik-adik. We miss you





Next kami pergi Pusat Islam Cambodia (CIC). Dekat sini ada asrama and sekolah lelaki la. Pihak CIC cerita tentang sistem pendidikan di Cambodia. Jauh berbeza dengan kita. Kita, Alhamdulillah masih baik pendidikan kita.


Petangnya habis aktiviti, kami diberitahu AIR TAKDE. Hahahha lawak lawak lawak. Mana nak mandi? Badan dah melekit. Berpeluh teruk. Air memang takde langsung. Kami tengok budak asrama tu mandi dekat Sungai Mekong. Tahu keadaanya bagaimana? Cuba google. Kami diberi dua pilihan nak mandi sg Mekong atau jalan dalam 500 meter mandi dekat CIC. Masa tu jugak aku punya perut buat hal……. Haihh la time takde air la nak buat perangai perut ni. Ish. Berusaha cari air dekat jiran depan asrama dapat la sikit and aku guna sampai air orang tu nak dekat habis. Sorry pakcik. Masuk bilik buat mesyuarat tergempar bincang nak mandi mana? Ada yang nak tunggu air malam tu. Tapi ada yang nak mandi sg. Mekong. Siapa yang bertuah? So, Aida, Farah, Hana Zafirah, Raja Farhana, Lyana, Nina, Fathin and aku pun join mandi sg Mekong. Nasib dah gelap kami tak nampak warna air lantakla janji air kan mandi je la huhuhu. Walau keliling tu kami Nampak sampah sarap, peduli apa dah. HATI SUDAH REDHA. HATI SUDAH TAWAKAL. Badan gatal2 ke apa tu nanti fikir.

Kalau nak cerita lagi banyak, boleh buat buku. So kita cerita *highlight of the day* jela.
THE END. Assalamualaikum…


Comments

Popular posts from this blog

Asasi Pengurusan UUM

Yayasan Peneraju: Assessment Day

Yayasan Peneraju: Assessment Day